Sunday, May 20, 2012

Tahniah Hafiz (Juara Mania) Tahniah Kelantan (Juara Piala FA)

Assalamualaikum!

Malam tadi telah berlangsungnya dua acara hebat iaitu Mania Astro Musim Pertama dan jugak Bola Sepak Piala FA Akhir. Kedua-duanya berlaku serentak di Bukit Jalil. Meletup uolsss.

Tahniah diucapkan kepada Hafiz AF yang berjaya menewaskan keempat-empat finalis lain iaitu Stacy (Tempat ke-2), Jaclyn Victor (Tempat ke-3), Hazama dan jugak Aril. Yang penting Hafiz AF berjaya membawa pulang wang tunai RM500,000 tu uolss atau 1/2 Juta. Tahniah jugak Ahmad Dhani kerana dapat habuan RM300,000 selaku producer kepada Hafiz AF. Wahhh, kemain lagi. Mungkinkah Zed Zaidi akan meroyan sekali lagi di twitter? Kes dengan Aaron Aziz pun belum selesai lagi. LOL.

Selain itu, Tahniah jugak diucapkan kepada Team Kelantan yang berjaya menumpaskan KL Sime Darby dengan kemenangan 1-0 dalam Piala FA Akhir di Bukit Jalil malam tadi. Sudah tentu kemenangan ini berpunca daripada tendangan penalti yang dijaringkan oleh Mohammed Ghaddar pada minit yang ke-57. Malangnya aku tak dapat nak ulas lebih-lebih disebabkan aku hanya menumpukan perhatian aku terhadap konsert Mania Astro malam tadi. Kuikuikui

Nampaknya malam tadi adalah merupakan malam sorak di Bukit Jalil. Bayangkan dua acara besar dilangsungkan di tempat yang sama secara serentak. Haruslah meriah dibuatnya.

Sekian.Bye!

4 comments:

Unknown said...

gempa bumi le kot bukit jalil tu ye

Askrie Hishamuddin said...

Rozuan Ismail, haha. takde la sampai macam tu. Haha

NAL said...

tahniah utk hafiz..

Askrie Hishamuddin said...

Nal, yup2. Tahniah2