Sunday, April 1, 2012

Setiap kesakitan itu adalah penghapus dosa!

Assalamualaikum!

First of all, (amboi, speaking LONDON) aku nak mengucapkan selamat tinggal bulan March yang penuh bermakna dan selamat datang bulan April (I wish it could be more blast). Btw, mentang-mentang 1 April tak payah nak April Fool sangat. Prank orang troll orang bagai. That's not our culture. Kita agama Islam buat cara penganut Islam ye sayaaaaaanggggggggg!!!

Baiklah, sempena kedatangan bulan April yang cukup bermakna ini, aku nak berkongsi dengan pembaca blog ini mengenai satu artikel yang sangat menarik untuk dibaca dan dikongsi bersama iaitu mengenai kesakitan itu penghapus dosa.

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka.

Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.

sumber:facebook

Subhanallah, nampak tak betapa sayangnya Allah s.w.t terhadap makhlukNya. Tapi, kita sendiri sentiasa lalai dan jarang mengikut suruhan serta perintahNya malah lebih teruk lagi kita terus lupa dan alpa dan tidak menunaikan langsung perintahNya. Oleh itu, sementara kita masih bernyawa ni marilah kita sama-sama menunaikan perintahNya dan jangan sesekali melupakanNya. Memang, selalunya orang-orang macam kita ni hanya ingat Allah ketika sedang susah. Waktu senang kita terus lupakan Dia. Padahal kesenangan itu Allah jugak yang beri. Tak kenang budi langsung. =.='

Wallahualam.

Sekian.Bye!

No comments: