Assalamualaikum!
Racist sungguh tajuk entri ni haha. Nak buat camno, aku dah kering idea nak pikir tajuk apa yang sesuai untuk entri ni haha.
Sebenarnya aku nak cerita pasal laptop aku ni. Kalau korang pembaca setia blog aku mesti korang tahu kan problem laptop aku, skrin laptop aku rosak. Aku pun tak tahu punca kerosakan itu. Tapi yang pasti, skrin laptop aku jadi gelap je bila on sobs2. Tapi tu dulu, sekarang dah okay dah. Dah hantar repair ke kedai. Terima kasih kepada KS TECH WORK kerana telah berjaya membaiki skrin laptop aku. So, lepas ni tak payah lah susah-susah nak pinjam laptop adik aku dah nak buat assignment, nak online, nak blogging dan lain-lain haha.
Kalau korang nak tahu, sebelum aku hantar repair ke kedai KS TECH WORK, mula-mula aku hantar ke kedai komputer kat belakang rumah aku ni je. Sebab aku malas nak pegi jauh-jauh, boleh jalan kaki je dari rumah aku, so, aku pun dengan penuh rasa teruja hantar je lah kat kedai belakang rumah aku ni. Owner kedai komputer ni melayu. So, dalam pada masa yang sama aku rasa okay lah sebab sebangsa dan seagama kan kot-kot lah boleh dapat murah. Tapi, nak tahu dia charge aku RM600. Amboi, kenapa 'murah' sangat? Okay lagi, lepas tu tanya bila boleh siap? Seminggu katanya baru boleh siap. Sekali lagi, amboi, kenapa 'cepat' sangat siap?
Aku malas nak panjang cerita, cancel terus hantar kat kedai komputer tu. Kali ni, terpaksa libatkan kembar aku (sebab dia ada driving licence haha). Nak tak nak kena jugak lah travel jauh sikit semata-mata nak repair skrin laptop aku. Ye lah, tarikh daftar UNiKL dah nak dekat, kalau takde laptop susah woi nak buat kerja sob2. Cari punya cari kedai baiki komputer jumpalah satu kedai ni KS TECH WORK ownernya Chinese. Tanya pulak owner kedai ni berapa harga nak repair skrin laptop? RM330 je. Amboi, kenapa 'mahal' sangat? Dah tu bila boleh siap? Dalam sejam katanya. Amboi, kenapa 'lama' sangat siap? Dengan penuh rasa rakusnya aku terus hantar laptop aku kat kedai ni haha.
Nampak tak beza dia antara bisnes orang Melayu dan bisnes orang Cina? Hurm.. Patutlah bisnes orang Melayu tak maju-maju. Untung nak cepat je. LOL.
INI KISAH BENAR. PIKIR-PIKIRKANLAH.
Sekian.Bye!
6 comments:
betul setuju sngt..
memang..bisnes orang melayu macam nielah..tau nak untung cepat je..
:-) :-) :-)
ish ish ish
Singgah dari mknace unlimited™
Terbaeekkk!!!!
HAHAHA.. tapi bukan semuanya orang melayu yang berbuat bisnes macam tu. I suka orang melayu yang buat bisnes makanan, tak berkira sangat. I pernah beli nasi beriani ayam masak merah, lepas beli dua kali, makcik tu hadiahkan 1 ketul ayam free kasi i! Gembira max! Tak pernah pula towkay cina nak kasi i FOC barang! semua kena bayar!
Bagi pandangan saya, benda ni bukan berkaitan dengan bangsa, tetapi mentaliti dalam menjalankan bisnes.
Tak kira Melayu, Cina or India, jika mempunyai mentaliti dalam menjalankan bisnes yang bagus, bisnes dia akan menyediakan produk dan servis yang terbaik.
aku kat sini utk perbetulkan tanggapan itu:
1)Owner melayu tu kemungkinan baru nak niaga...baru nak cari pengalaman.jadi yang dia tibai RM 600 tu sebenarnya nilai RM 600 tu akan cover 2 barang.satu LCD dan satu lagi motherboard.biasanya skrin gelap atau no display ada 2 penyakit sama ada chipset kong atau lcd kong..contohnya kos lcd tu cuma RM 188 biasanya owner kedai komputer akan markup lebih kurang RM 100 macam tu je...tapi tu la perbuatan cakap straight RM 600 tu buat orang terperanjat..orang phobia...RM 600 tu serupa orang beli laptop baru.
2)tauke cina tu pengalaman dah ada.supplier dah ada.stok dah ada.tinggal apa? customer...customer tu siapa? awak la.atau sesiapa yang mengalami maslah yang sama...macam mana tauke cina tu menjual murah?
tu la namanya CASH AND CARRY..biasanya stok kat kedai tauke tu banyak.bersusun...ada pelbagai jenis.sebut je apa.semua ada.TETAPI kalau nasib awak tak baik atau mmg nak dijadikan cerita kena stok yang tak bagus atau quality problem....mmg awak akan nampak "belang" tauke tu sebenarnya.
Sebenarnya tauke melayu ke cina ke sama je.dah namanya niaga.ada untung.ada rugi.ada modal.ada kos.ada supplier.ada stok.
tauke tu caj RM 300 utk lcd kan? saya dah kira kira LCD tu tauke tu ada untung sekitar RM 200++ .keje tak sampai 15 minit sebenarnya.yang pasang tu pun sama ada budak dia atau pekerja dia..tauke tu duduk tepi jerit arahan je.biasanya bila kita jumpa tauke...yang tauke tu pulak akan suruh budak dia yang buat kerja....jadi yang kat sini yang hebat tu ialah budak pekerja tu....bukan tauke tu sendiri.tauke tu tahu kira untung dan rugi je.
kalau budak tu baru kerja semalam habis barang awak budak tu patah duakan...gara gara tak cukup skill dan pengalamaan.
Post a Comment