Monday, July 9, 2012

Mujur ada On-Screen Keyboard!

Assalamualaikum!

Fuhh, dugaan dugaan!! Screen laptop dah okay. Tapi melayang jugaklah RM330 kan. Mujur bukan duit aku haha. Terima kasih emak!!! Ingatkan lepas screen laptop dah okay, boleh lah aku online dengan riang dan juga tenang. Tapi, ada je dugaan yang aku kena hadapi. oh, sedihnya...

Laptop aku pulak ada virus. Kalau sekor dua je takpe jugak, boleh handle lagi. Tapi, berlambak nak mampuih virus. Asal tengah syok tengok movie je, tetiba dapat virus warning. Dalam hati aku celaka sungguh laptop ni! Tak boleh tengok aku senang sikit ada je yang tak kena.


Tak tahu nak cakap macam mana dah. Macam-macam nama virus aku jumpa kat sini. Ada 60 potential threat found katanya. Ko hado? haha

Mujurlah nak musnahkan virus tu senang je. Hantar je format laptop. Aduh, melayang lagi duit. *jeling sambil kenyit-kenyit mata dekat emak lagi. LOL.

Itu takpe lagi, sedang syok-syok online ni, keyboard pulak buat hal. Tetiba pulak nombor LAPAN dan SEMBILAN tak boleh function. Apa kena pun aku tak tahu lah. Dah la salah satu nombor tu aku guna untuk password facebook aku. Cis, memang tak guna betul laptop aku ni. Ada je benda yang tak kena. Memang tak boleh nak tengok aku senang sikit mulalah buat hal.

Mujurlah ada On-Screen Keyboard!

Macam gini lah rupa dia On-Screen Keyboard ni haha. Kalau korang nak try guna korang tekan button start - All programs - Accessories - Accessibility - On-Screen Keyboard. Terima kasih kepada rakan blogger Yazid Torpedo sebab sudi bagi tunjuk ajar haha. Well, aku tak pakar sangat bab-bab IT ni. Jadi, aku tanyalah pada yang pakar.

Mujur jugak ada blog ni tempat aku luahkan perasaan sob2. Harap-harap korang bersimpatilah semasa membacanya haha.

Sekian.Bye!

10 comments:

Unknown said...

sabar2.. ni semuanya dugaan namanya.. semoga dugaan ini akan terus memberi semangat untuk berblogging

Askrie Hishamuddin said...

Boni JLL3 - thanks for that spirit word. :) will do my best!

Unknown said...

sabarr...tp bestnya da on-screen keyboard..mana2 laptop pun ble gunakah? hahaha

Askrie Hishamuddin said...

cynta ieda - tak sure la pulak pasal tu. try ieda buat ikut step yang askrie tunjuk tu :)

NAL said...

tabahkan hatimu. Setiap dugaan yg dtg ada sebabnya. Lambat sikit la taip guna On-screen keyboard kalau keyboard rosak. satu2 taip. Hehe :)

Anonymous said...

alololoo , kesian dia . :)

Sabar erk? :)

Yazid Torpedo said...

heheheheheheheehe..

Askrie Hishamuddin said...

Nal - haha. Thanks2

Askrie Hishamuddin said...

syalyn - okay, :) hehe

Askrie Hishamuddin said...

Yazid Torpedo - hehehehehehe