Sunday, March 10, 2013

Alhamdulillah, Top 5 Pertandingan Akhir Bakat Hari Kraf Kebangsaan 2013!

Assalamualaikum!

Sebelum aku mencarot dengan lebih panjang lagi, korang enjoy dulu dengan hidangan gambar dari aku. Hewhewhew




Memula saja je nak try join competition besar-besar macam ni, nak merasa la join competition luar even dalam hati rasa "betul ke nak join ni? competition besar macam ni (hadiah tempat pertama, RM5000, hadiah kedua, RM3000, hadiah ketiga, RM2000, manakala tempat keempat hingga keenam RM700) confirmlah ramai yang nak join especially yang dah berpengalaman lebih dari setahun.

Tapi tak mengapa, sebab utama kitorang join memula adalah untuk merasa sendiri pengalaman. Curi pengalaman kata orang. Hewhewhew. Actually, kitorang dapat tahu pasal Pertandingan Bakat Kraf Kebangsaan 2013 ni pun dah lambat kira-kira 2 minggu sebelum Ujibakat pada 9 Mac 2013.

Kalau korang nak tahu, kitorang start training tarian 3 hari sebelum pertandingan. Memang bertungkus-lumus la dalam masa 3 hari nak cari idea untuk tarian arab ni.

Memula masa pergi ujibakat, perghhhhhhh, tengok semua contestant punyalah berbakat, confiedent & masing-masing dah ada pengalaman sebelum ni. Dari situ kitorang dah nampak dah betapa payahnya nak masuk ke peringkat Akhir.

Seriously, bila nama Sanggar Emas diumumkan dapat ke peringkat Akhir, kitorang rasa terkezzzuttt sangat!!! Tak dapat nak gambarkan betapa terkezuttnya kitorang! hewhewhew

Dah la tak prepare apa-apa untuk persembahan Akhir. Makanya pagi sebelum pertandingan Akhir kitorang terpaksa create step baru. Memang kerja gila!

Even tak berpeluang untuk berada dalam kalangan Top 3 tapi kitorang bangga kot dengan pencapaian kitorang. Bayangkan, dengan kekangan masa, cuma 3 hari je training. Bayangkan lagi, step cuma create sendiri-sendiri atas perbincangan semua ahli tanpa menggunakan khidmat Choreographer professional. Tapi kitorang boleh berentap di peringkat Akhir. Alhamdulillah.

Nak tengok hasilnya? Tonton video persembahan kitorang semasa Peringkat Akhir Bintang & Bakat Hari Kraf Kebangsaan 2013. Khas untuk pembaca blog Askrie Hishamuddin



Sekian.Bye!




No comments: